• TawanMalaysia.com
  • TawanMalaysia.com
  • TawanMalaysia.com
  • TawanMalaysia.com
  • TawanMalaysia.com
  • TawanMalaysia.com
  • TawanMalaysia.com
  • TawanMalaysia.com
  • TawanMalaysia.com
  • TawanMalaysia.com
Artikel
Fitnah PAS: Pemuda PAS Perak, Perlis pula lapor polis
Written by steven   
Saturday, 04 September 2010 03:30

IPOH, 3 Sept: Dewan Pemuda PAS Perak (DPPN) hari ini membuat laporan polis berhubung kenyataan fitnah bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin terhadap parti itu.

Ianya ekoran kenyataan Zainuddin sebelum ini yang mendakwa PAS meminta Allahyarham Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj ‘merampas’ harta-harta orang Cina semasa Tragedi 13 Mei 1969, manakala ketika Konfrantasi Malaysia-Indonesia, PAS menyebelahi Indonesia supaya ‘mengambil’ Malaysia.

Beliau membuat kenyataan tersebut dalam temuramah bertajuk "Zam Dedah Hasutan Jahat Pas" bersama umno-online dan kemudiannya disiar akhbar Utusan Malaysia pada 30 Ogos lalu dengan tajuk 'PAS parti ekstrem'.

Laporan polis hari ini dibuat oleh Naib Ketua Pemuda PAS Perak, Salman Salleh di balai Polis Sungai Senam kira-kira jam 3 petang ini.

Salman berkata, DPPN Perak menganggap ini adalah tuduhan liar yang semata-mata inginkan sokongan orang bukan melayu kembali kepada Barisan Nasional.

"Tujuan dia tidak lain tidak bukan supaya nak menghilangkan keyakinan orang bukan Melayu yang sekarang ini memberikan sokongan dan kepercayaan kepada PAS dan juga Pakatan Rakyat.

Tambah beliau juga, Umno sudah terdesak kerana kehilangan sokongan rakyat sehingga bertindak memfitnah PAS.

"Umno  tahu mereka sudah pun terdesak kerana mereka juga mengalami kehilangan sokongan terutama di kalangan Melayu yang agak cerdik dan ada maklumat.

"Jadi mereka sudah tidak dapat untuk mengawal keadaan dan orang bukan Melayu juga tidak bersama dengan mereka dan apa yang Zainuddin buat ini untuk timbulkan keraguan kepada orang bukan Melayu terhadap PAS," katanya lagi.

Salman turut menyifatkan politik yang dimainkan Zainuddin adalah politik jijik dan meminta beliau berhenti daripada memfitnah PAS serta menarik kembali kenyataan.

Dalam perkembangan lain Pemuda PAS Perlis turut membuat laporan polis terhadap kenyataan Zam tersebut.

Laporan polis dibuat oleh Ketua Pemuda PAS Perlis, Ustaz Ya'akub Abu Seman di Ibu pejabat Polis Daerah Kangar pada jam 3.15 petang semalam

Beliau turut diiringi barisan Exco Pemuda PAS Perlis

PAS sebelum ini memberi tempoh tiga hari bermula 30 Ogos lalu kepada Zainuddin agar beliau memohon maaf dan menarik balik kenyataan tersebut.

Ekoran gagal berbuat demikian, PAS sedang menimbang akan mengambil tindakan undang-undang.

 
Anwar Syukur Pendedahan Kes Saham Realmild Bersihkan Nama
Written by steven   
Saturday, 04 September 2010 03:28

SHAH ALAM 3 Sept - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersyukur pendedahan bekas pengerusi Dewan Perniagaan Melayu Pulau Pinang, Datuk Seri Abdul Rahman Maidin bahawa 70 peratus saham Realmild (M) Sdn Bhd adalah di atas nama mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Dalam komentar beliau yang disiarkan dalam blognya, Anwar berkata pengakuan Abdul Rahman dalam kes saman komersial RM10 juta yang difailkan oleh Datuk Khalid Ahmad, bekas pengarah Realmild terhadapnya akhirnya menyerlahkan kebenaran bahawa beliau tidak kepentingan dalam syarikat tersebut.

Realmild memiliki saham majoriti dalam konglomerate Malaysia Resources Corporation Bhd (MRCB) yang mana Abdul Rahman pernah menjadi Pengerusi Eksekutifnya.

"Sekian lama juak Umno memfitnah saya kononnya punyai kepentingan menguasai syarikat gergasi MRCB melalui Realmild. Maka pada tahun 1999, dalam perakuan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, saya mengesahkan bahawa pemegang saham terbesar Realmild; 70 peratus adalah atas nama Dr Mahathir sendiri. Dan saya tidak punyai sebarang kepentingan dalam syarikat tersebut.

"Hanya setelah pendedahan tersebut, Dr Mahathir segera meminta Datuk Seri Abdul Rahman Maidin mengambil alih saham tersebut, dan ketika itu baru disebut sebagai milik Umno. Maka ia mengesahkan perakuan saya sebelumnya," kata bekas Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan itu.

Anwar menyatakan kesyukuruan kerana fitnah yang dilemparkan terhadap beliau oleh Umno sehingga mempengaruhu sebahagianpenyokong parti itu terhadap dirinya kini telah dibongkarkan.

Semasa prosiding di bahagian perdagangan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam, Abdul Rahman mendedahkan beliau terkejut apabila diberitahu saham Realimild yang dipegangnya adalah kepunyaan Umno.

Akibatnya beliau kerugian RM40 juta apabila 7.101 juta saham Realmild yang dibeli daripada Khalid adalah kepunyaan Umno.

“Saya mengambil-alih saham Realmild semata-mata berdasarkan pandangan dari sudut korporat dan perdagangan. Saya mencari dana untuk tujuan memiliki saham berkenaan melalui keupayaan kewangan saya dan tanpa bantuan daripada sebarang entiti politik,” kata Abdul Rahman menjawab soalan peguamnya, Alex de Silva.

 
Cabang Bukit Bintang Tetap Utuh
Written by steven   
Sunday, 29 August 2010 17:56

SHAH ALAM 29 Ogos - Ketua Angkatan Muda KEADILAN Bukit Bintang, Abd Rahman Abd Hakim menyangkal dakwaan bekas Ketua Cabang Bukit Bintang, Mahmood Abdullah yang mengatakan cabang tersebut bakal lumpuh sebagai tidak berasas.

Laporan media menyatakan Mahmood bersama 15  ahli jawatankuasa cabang tersebut mengumumkan keluar parti dan menyertai Umno Jumaat lalu.

"Menurut rekod kami, Mahmood Abdullah ini merupakan orang yang tidak aktif. Dia juga gagal untuk menyiapkan minit mesyuarat bagi Mesyuarat Agung Tahunan Cabang (MATB)," kata Abd Rahman ketika dihubungi Suara Keadilan.

Abd Rahman turut menjelaskan tindakan yang diambil oleh Mahmood itu adalah usaha untuk mensabotaj KEADILAN Bukit Bintang. 

"Kami semua (dari Cabang Bukit Bintang) sepakat untuk membuat beberapa pertemuan dan sidang akhbar tergempar yang diadakan adalah untuk menafikan bahawa ahli jawatankuasa cabang turut menyertai beliau menyertai Umno. Hanya dia seorang sahaja yang masuk Umno, yang lain tk ikut serta," tambah beliau.

Sidang media semalam turut dihadiri tiga Naib Ketua Cabang iaitu Norzahri Jantan, Syed Norazizol Omar dan Puspalingam, Setiausaha, Badrul Hisham Hanafiah dan Ketua Penerangan, Mohd Afifuddin Osman.

"Kenyataan beliau bahawa cabang kami bakal gulung tikar adalah meleset sama sekali. Bahkan kita akan turut serta dalam pemilihan akan datang dan akan menghantar borang pada 5 September nanti," tegas Abd Rahman optimis.

 
Nurul Izzah Mahu Terbit Akhbar Bagi Lembah Pantai
Written by steven   
Sunday, 29 August 2010 17:51

SHAH ALAM 29 Ogos - Kegagalan Kementerian Dalam Negeri memperbaharui permit penerbitan lidah rasmi Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) memaksa Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar menerbitkan akhbar beliau sendiri bagi menyampaikan berita serta maklumat berhubung  aktiviti beliau serta isu semasa di kawasan parlimennya.

Ketika dihubungi Suara Keadilan, Nurul Izzah memberitahu pihaknya belum lagi memutuskan nama akhbar yang bakal diterbitkan tetapi beliau akan membuat permohonan di KDN, Putrajaya esok pada pukul 12.00 tengahari.

"Memandangkan akhbar rasmi KEADILAN, Suara Keadilan berhadapan dengan halangan daripada KDN yang masih belum memperbaharui permit, maka satu alternatif difikirkan perlu agar masyarakat terutamanya di kawasan saya dapat bekalan maklumat dan berita terbaru berkenaan aktiviti saya sebagai ahli parlimen dan juga program yang diadakan oleh KEADILAN," kata Nurul Izzah.

Permit penerbitan Suara Keadilan tamat tempoh pada 30 Jun lalu dan sehingga pihak KDN mahupun Menteri tidak mengambil sebarang tindakan untuk memperbaharuinya.

Dua akhbar rasmi Pakatan Rakyat, Harakah yang dimiliki PAS menerima pembaharuan permitnya pada 15 Julai lalu sementara akhbar rasmi DAP, The Rocket versi Bahasa Inggeris dan Cina pada 19 Ogos lepas.

 
  • «
  •  Start 
  •  Prev 
  •  1 
  •  2 
  •  3 
  •  4 
  •  5 
  •  6 
  •  7 
  •  8 
  •  9 
  •  10 
  •  Next 
  •  End 
  • »


Page 1 of 69

Articles

Fitnah PAS: Pemuda PAS Perak, Perlis pula lapor polis

News image

IPOH, 3 Sept: Dewan Pemuda PAS Perak (DPPN) hari ini membuat laporan polis berhubung kenyataan fitnah bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin terhadap parti ...

steven | Friday, 3 September 2010

Seterusnya

Anwar Syukur Pendedahan Kes Saham Realmild Bersihkan Nama

News image

SHAH ALAM 3 Sept - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersyukur pendedahan bekas pengerusi Dewan Perniagaan Melayu Pulau Pinang, Datuk Seri Abdul Rahman Maidin bahawa 70 peratus saham Realmild (M) ...

steven | Friday, 3 September 2010

Seterusnya

Cabang Bukit Bintang Tetap Utuh

News image

SHAH ALAM 29 Ogos - Ketua Angkatan Muda KEADILAN Bukit Bintang, Abd Rahman Abd Hakim menyangkal dakwaan bekas Ketua Cabang Bukit Bintang, Mahmood Abdullah yang mengatakan cabang tersebut ...

steven | Sunday, 29 August 2010

Seterusnya

Nurul Izzah Mahu Terbit Akhbar Bagi Lembah Pantai

News image

SHAH ALAM 29 Ogos - Kegagalan Kementerian Dalam Negeri memperbaharui permit penerbitan lidah rasmi Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) memaksa Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar menerbitkan akhbar ...

steven | Sunday, 29 August 2010

Seterusnya

Kaitkan PAS, Utusan berdepan saman

News image

KUALA LUMPUR, 29 Ogos: PAS sedang menimbang untuk mengambil tindakan saman ke atas akhbar Utusan Malaysia ekoran mengaitkan parti itu dengan insiden kunjungan Ahli Parlimen Serdang, Teo Nie ...

steven | Sunday, 29 August 2010

Seterusnya

DAP: Utusan, Umno politikkan 'tazkirah' Teo

News image

DAP hari ini melahirkan rasa kesal dengan tindakan akhbar Utusan Malaysia dan Umno mempolitik lawatan dan sumbangan derma ahli parlimen Serdang, Teo Nie Ching di Surau Al-Huda, Kajang Sentral , Kajang pada ...

steven | Saturday, 28 August 2010

Seterusnya

PAS: BN serang MP Serdang guna isu ‘murahan’

News image

KUALA LUMPUR, 28 Ogos — Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub mendakwa Barisan Nasional (BN) mengamalkan dwistandard mengkritik Ahli Parlimen Serdang Teo Nie Ching berhubung kunjungannya ke Surat Al-Huda di Kajang, Ah...

steven | Saturday, 28 August 2010

Seterusnya

Anwar: KEADILAN Kini Punyai Pimpinan Lebih Mantap, Kukuh

News image

SHAH ALAM 23 Ogos - Ketua Umum KEADILAN yakin parti kini berada di atas landasan yang lebih kukuh dan mantap selepas mengharungi episod getir dan mencabar di mana empat daripada ...

steven | Saturday, 28 August 2010

Seterusnya

Selangor Kutip RM1 Bilion Pelaburan Dalam Tempoh Sebulan

News image

SHAH ALAM 27 Ogos - Kerajaan negeri Pakatan Rakyat Selangor mencatatkan pelaburan perindustrian dan jumlah projek perindustrian yang tertinggi di Malaysia dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini.  Exco Pelaburan, Perindustrian dan Perdagangan, Teresa Kok berkata ...

steven | Friday, 27 August 2010

Seterusnya

More in: Artikel

-
+
15
pakatanrakyat
Facebook Fanbox 1.5.x.0

Carian Direktori

Statistik

Rangkaian GBTM



resize_jatanegara

resize_jataselangor

resize_jatakelantan

resize_jatakedah

resize_jatapenang1

resize_ketuananrakyat

resize_anwarharapanbaru

resize_negararakyat

resize_merdekarasuah

resize_lawantetaplawan

antinuklear_small



isa

resize_mansuhisa

resize_isa3

Anak_Bangsa_Malaysia02

resize_pakatan-rakyat-erat

resize_sayaanakbangsamalaysia

resize_jangandiam

resize_AUKU

resize_bannerPROTES_blog

resize_Saya-Anti-Rasuah-Logo

resize_nocorrupt_logo

apasalahku

pakarputarbelit

umnobaru

umnopersendaislam

semuanyatipu

humbanpenyamun