Dalam hari-hari pancaroba ini , ummat gusar dengan mainan politik Pemain Politik tanahair. Media arus perdana memainkan dan terkadang 'blew out of proportion' dari perkara sebenar yang berlaku.
Tapi ini lah mainan jentera 'political animal'.

Sebenarnya tidak ada perlu dirisaukan , ini satu fasa peralihan yang akan ditempuh oleh Malaysia dalam melakar sejarah di hadapan.
Melayu itu pernah dijajah oleh banyak puak kolonial baik dari Portugis hinggalah ke British.
Melayu itu kekal ampuh melawan semua ombak arus deras perobahan walaupun pada awal nya agak gementar dengan suasana perobahan.

Ini kerana sikap Melayu itu yang culas dalam memikir apa signifikan duduk mereka di bumi sendiri.
Malas untuk mengangkat upaya akal untuk berfikir adalah agen pelemah bangsa.
Ini racun akar chempaka hutan yang meresapi pembuluh darah ummat untuk menongkah dunia yang beratus etnik dan bangsa ini.
Kalau sering takut dengan momokan British dalam memerintah Negara Berdaulat , begitu jugalah keadaan Melayu dsawarsa ini yang takut kepada Orang Cina yang khabar celuparnya
akan 'mengambil semua'.
Gunakan lah akal yang dikurnia Tuhan.
Jangan guna emosi dan kepala lutut apabila berfikir. kah kah kah
Jawab semua ketakutan bangsa itu dengan akal ,
bukan dengan bacaan membuta tuli kepada penulis upahan British yang dibayar untuk merosak akal Melayu pada waktu sebelum Merdeka.
Watak-watak Melayu yang wujud 100 tahun lalu , sehingga kini maseh wujud.
Cuma pelaku nya saja yang lain , watak nya masih sama.
Mari semai akal supaya tidak jadi bahalol !!! kah kah kah

RAMADHAN YANG BAKAL KUNJUNG TIBA
DI HARAP DAPAT MENGHAPUS DOSA
YANG MEMFITNAH DAN DIFITNAH !!!















































